Advertisement
Shusaku Nishikawa Akui Pasukan Dari Malaysia Semakin Kuat
Dunia
MakanBola
urawa reds official

Penjaga gol Urawa Red Diamonds, Shusaku Nishikawa mengakui pasukan daripada Malaysia kini semakin kuat dan wajar digeruni. 

Menjelang pertemuan aksi pusingan 16 terakhir dalam saingan Asian Champions League (ACL), penjaga gol berusia 36 tahun ini gembira dapat bertemu pasukan daripada Asia Tenggara kerana dalam saingan sebelum ini hanya pasukan dari Korea Selatan dan China yang melayakkan diri. 

“Anda boleh lihat dari rakaman peringkat kumpulan bahawa kualiti pemain asing sangat tinggi.  Kalau dulu pasukan Malaysia termasuk pasukan kebangsaan mempunyai imej yang tidak begitu kuat, tetapi kini berbeza. 

“Saya gembira melihat perkara ini kerana secara jujurnya, saya sudah bosan melihat pasukan dari Jepun turun menentang pasukan dari Korea Selatan dan China setiap musim. Saya rasa dalam dua atau tiga musim, JDT mampu untuk layak ke peringkat kalah mati setiap musim.

Tambah Shusaku, beliau yakin pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan dari Asia Tenggara yang lain sudah berevolusi dan akan mempunyai peluang untuk menakluk Asia di masa akan datang. 

“Saya juga teruja untuk melihat pasukan lain dari Malaysia untuk layak ke saingan ACL musim musim hadapan. Sudah tiba masanya untuk menunjukkan kepada pasukan Jepun dan Korea Selatan bahawa pasukan dari Asia Tenggara sudah berevolusi setelah dikuasai oleh mereka sebelum ini,” katanya.

Seramai 35 orang pemain yang dibawa dan lapan pemain import turut bersama untuk menggalas cabaran pasukan menentang gergasi dari Jepun pada peringkat kalah mati ini.

Urawa Reds Diamond akan melayan kunjungan JDT dalam saingan kalah mati zon Asia Timur pada Jumaat, 19 Ogos 2022 jam 7:00 malam di Stadium Saitama, Midori-ku.