Trivia
Advertisements

Pemburu haram atau dalam bahasa penjajah dipanggil “poacher” merupakan terma yang sering digunakan dalam dunia bola sepak zaman dahulu hinggalah zaman sekarang.

Jika dulu, pemburu haram dianggap pemalas namun zaman moden ini, pemburu haram dianggap sebagai satu kelebihan. Asalkan pemburu menjaringkan gol maka mereka akan dianggap wira sesebuah pasukan.

Jika di Norwich City, Temmu Pukki merupakan pemburu haram mereka, maka di Malaysia juga ada pemburunya.

Advertisements

Pemburu haram juga kadang kala lemah dari sudut lain dan akan melakukan apa sahaja gerakan walaupun tidak kelihatan kemas asalkan jaringan dapat dihasilkan.

thanabalan pemburu haram bola sepak Si Pemburu Haram Thanabalan - Aksi Yang Dirindui Peminat
Thanabalan Malaysia

Pemburu adalah sejenis pemain bola sepak. penyerang dengan kemampuan menjaringkan gol yang hebat dan pergerakan berbahaya di hadapan gawang lawan. Pemburu adalah pemain yang selalu kelihatan berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat ketika menjaringkan gol.

Thanabalan Nadarajah, pemain bola sepak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan ini pantas menggamit sokongan peminat bola sepak Malaysia setelah berjaya menjaringkan beberapa jaringan unik ketika beraksi di bawah jagaan Ong Kim Swee dalam kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun.

Advertisements

Thanabalan mempunyai 6 aksi dengan 4 jaringan pada tahun 2017 dalam acara bola sepak Sukan Sea.

Kelibat kelincahannya mula hilang selepas menyertai pasukan Kedah pada tahun 2019 dan beliau kini bermain bersama Sabah FC.

Walaupun zamannya mungkin sedang pudar, namun video di bawah membuktikan kemantapannya dulu kala yang menceriakan ratusan ribu peminat bola sepak di Malaysia.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=utG_thMtLsI
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram