Live
Saudi Arabian FF
Advertisements

AFC Asian Cup: Pertemuan antara Arab Saudi dan Oman bakal menjanjikan aksi hangat memandangkan dua pasukan tersebut merupakan pasukan terkuat dalam kumpulan F Piala Asia 2023.

Arab Saudi yang berada di ranking ke-56 dunia kini dilatih oleh jurulatih bertaraf dunia, Roberto Mancini yang pernah melatih Manchester City, Inter Milan dan Itali.

Pasukan yang dikenali sebagai The Falcons itu mencatatkan dua kemenangan ke atas Lubnan (1-0) dan Hong Kong (2-0) serta satu keputusan seri tanpa jaringan bertemu Palestin dalam 3 aksi persahabatan sebelum ini.

Advertisements

Oman pula turut mencatatkan aksi positif apabila meraih kemenangan menentang UAE dalam aksi pemanas badan sekali gus memberi gambaran pertemuan kedua-dua pasukan ini menjanjikan tentangan hebat.

Oman yang dibimbing oleh Branko Ivankovic berada di ranking ke-74 dunia pastinya mahu meraih 3 mata untuk aksi pertama Piala Asia bagi memudahkan laluan mereka ke peringkat kalah mati kelak.

Rekod Pertemuan Arab Saudi vs Oman

Advertisements

Dalam 5 pertemuan terakhir antara Arab Saudi dan Oman, Arab Saudi mencatat 3 kemenangan manakala Oman mencatat 2 kemenangan.

arab saui oman h2h Siaran Langsung AFC Asian Cup: Arab Saudi vs Oman (Live Streaming)

Kesebelasan Utama Arab Saudi vs Oman

Info Siaran Langsung Arab Saudi vs Oman

Advertisements

Tarikh: 17 Januari 2024 (Rabu)
Masa: 1:30 Pagi
Venue: Stadium Khalifa International, Qatar.
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena

Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram