Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 kembali mewarnai perjalanan bola sepak negara apabila Chinese Taipei bakal menjadi halangan kedua Malaysia.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Taipei Municipal Stadium itu menyaksikan anak didik Kim Pan-gon bakal menguji pasukan ke-152 dunia, Chinese Taipei yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan peringkat kumpulan.
Harimau Malaya sudah merekodkan kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan sementara anak buah Gary White tewas 3-0 kepada Oman.
Presiden FAM, Dato’ Hamidin juga memberi bayangan bahawa skuad kebangsaan akan turun dengan formasi menyerang berdepan lawan yang terdesak untuk mencari kemenangan.
Kesebelasan Utama Chinese Taipei vs Malaysia
Info Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia
Tarikh: 21 November 2023 (Selasa)
Masa: 7 Malam
Venue: Stadium Perbandaran Taipei
Siaran Langsung: Sooka TV
Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.