Aksi minggu ke-9 Liga Super 2024/2025 membabitkan Kedah Darul Aman vs Negeri Sembilan bakal berlangsung pada Sabtu.
Kedah yang tewas tiga aksi berturut-turut di tangan JDT sebelum ini turun ke Alor Setar dengan misi menebus kecewa dan menjadikan Negeri Sembilan mangsa kebangkitan.
Negeri Sembilan pula hadir berbekalkan semangat baharu setelah K. Nanthakumar dilantik sebagai pengendali bagi menggantikan Azzmi Aziz yang berperanan sebagai pengarah teknikal.
Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan menyaksikan Kedah mendominasi dengan mencatatkan 6 kemenangan berbanding Negeri Sembilan yang hanya merekodkan dua kemenangan dalam 10 aksi lalu.
Dua lagi pertemuan berakhir dengan keputusan seri dan kali terakhir Sang Kenari dan Sang Rusa bertemu adalah dalam saingan liga musim lalu yang berkesudahan 3-0 memihak Kedah.
Kesebelasan Utama Kedah Darul Aman vs Negeri Sembilan
Info Siaran Langsung Kedah Darul Aman vs Negeri Sembilan
Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 5.30 petang
Venue: Stadium Darul Aman, Kedah.
Siaran Langsung: Astro Arena.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.