Advertisement
Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Selangor (Live Streaming)
Live
MakanBola
Selangor FC

Perlawanan Minggu 8 Liga Super melibatkan pertembungan antara Sabah dan Selangor FC.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee percaya saingan sengit bakal diberikan oleh Gergasi Merah sungguhpun beraksi di laman lawan.

“Kita juga tahu Selangor mendapat kemenangan ketika beraksi di luar sebelum ini dan layak ke final Piala FA dan sudah pasti lawan itu akan memberikan cabaran sengit beraksi di Kota Kinabalu,” katanya.

Juratiu berusia 53 tahun itu bagaimanapun percaya bermain di Likas akan memberikan nilai tambah kepada The Rhinos, namun tidak mahu pemain pasukan tuan rumah itu memandang rendah keupayaan lawan.

“Kita juga tahu berdasarkan rekod, Sabah mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong.

“Apa yang penting semua pemain perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal, sekali gus memberikan komitmen penting untuk mencapai keputusan positif,” kata Kim Swee.

Kesebelasan Utama Sabah vs Selangor

Info Siaran Langsung Sabah vs Selangor

Tarikh: 13 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Likas, Sabah.
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.