Aksi Pestabola Merdeka kembali memeriahkan suasan bola sepak negara apabila pertemuan pasukan ke-134 dunia, Malaysia dan India (102 dunia) menjadi tumpuan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bikit Jalil itu membolehkan skuad Harimau Malaya menjadi pasukan pertama menguji padang baharu dengan rumput Zeon Zoysia.
Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berada pada momentum terbaik selepas berjaya mengikat dua pasukan tangga 100 terbaik dunia iaitu China dan Syria pada aksi persahabatan bulan September.
India turut berada dalam momentum terbaik sungguhpun tewas dua aksi terakhir di King’s Cup menentang Lubnan dan Iraq.
Kemenangan menundukkan India membolehkan Malaysia memungut tambahan +6.04 mata FIFA untuk memintas Filipina buat kali pertama selepas 12 tahun.
Kesebelasan Utama Malaysia vs India
Info Siaran Langsung Malaysia vs India
Tarikh: 13 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: Sooka TV
Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.