Live
Haziq/MakanBola
Advertisements

Malaysia memulakan langkah perjuangan ke aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan bertemu Nepal dalam satu aksi persahabatan.

Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Selain itu, Harimau Malaya juga mengharungi kempen yang agak baik terutamanya selepas mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Menurut kenyataan oleh pemain sayap negara, Safawi Rasid, beliau menganggap aksi ini amat penting untuk membolehkan para pemain memperoleh minit heraksi secukupnya.

Aksi ini merupakan satu-satunya perlawanan persahabatan yang bakal diharungi oleh Malaysia sebelum berlepas ke Muscat, Oman.

Rekod Pertemuan Malaysia vs Nepal

Advertisements

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada tahun 2019 dengan kemenangan berjaya memihak kepada skuad negara.

Untuk rekod, Harimau Malaya juga tidak pernah tewas dalam 5 aksi terakhir menentang Nepal sekaligus memberikan motivasi terbaik menjelang perlawanan ini.

9E1B2D1F DCB7 4E08 A99B 09CCE65129C0 Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Malaysia vs Nepal (Live Streaming)

Kesebelasan Utama Malaysia vs Nepal

Advertisements

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Nepal

Tarikh: 15 Mac 2024 (Jumaat)
Masa: 9:45 Malam
Venue: Stadium UITM
Siaran Langsung: Hanya aksi tertutup diadakan.

Advertisements

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Keputusan Penuh: Malaysia 5-1 Nepal

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram