Siaran Langsung Thomas Cup: China vs Malaysia (Live Streaming)
UltraSukan
Edited By FZ
Advertisements

Separuh akhir Thomas Cup 2024 menyaksikan Malaysia bakal berdepan tugas getir menentang gergasi badminton dunia, China pada Sabtu.

Masih segar dengan kejayaan menumbangkan Jepun 3-1 di aksi suku akhir pada Khamis, skuad negara akan menghadapi satu lagi pasukan handalah dunia iaitu China di Chengdu.

Pertemuan kali ini ibarat ulangan aksi final Badminton Asia Team Championship (BATC) di Shah Alam pada Februari lalu yang mana China mempamerkan taring sebenar mereka apabila menundukkan skuad negara dengan keputusan 3-0.

Advertisements

Pasukan negara yang diketuai oleh Soh Wooi Yik pastinya mahu mencipta kejutan untuk mara ke perlawanan akhir meskipun sedar tentangan sengit bakal dihadapi memandangkan China akan turun berbekalkan sorakan padu peminat di venue pertandingan.

China pula pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi di final di laman sendiri dan bersedia untuk turun berdepan skuad negara yang dilihat berada di prestasi terbaik selepas mara ke separuh akhir buat kali pertama selepas lapan tahun.

Advertisements

Kesebelasan Utama China vs Malaysia

Info Siaran Langsung China vs Malaysia

Advertisements

Tarikh: 4 Mei 2024 (Sabtu).
Masa: 5.00 petang.
Venue: High Technology Zone Sports Center, Chengdu, China.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (Real Time) di MakanBola.com.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram