Sikh Izhan Diperhatikan Kelab Eropah?
Eropah
NSFC1923
Advertisements

Penjaga gol muda berbakat Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan pernah mendapat perhatian daripada kelab Eropah susulan prestasi memberangsangkannya sejak mula membuat kemunculan.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan penjaga gol baru yang dibawa masuk oleh K. Devan bagi menggantikan posisi Syihan Hazmi yang berhijrah ke JDT.

Beliau mempamerkan aksi yang cukup memukau setelah diberi kepercayaan untuk mengawal gawang skuad Hobin Jang Hobin pada musim ini.

Advertisements

Bekas penjaga gol bawah 20 tahun negara ini bagaimanapun tampil dengan cukup cemerlang sungguhpun pasukannya dibelasah 7-0 di laman sendiri.

Ketangkasan bekas penjaga gol Selangor ini bagaimanapun dapat menyelamatkan lebih banyak peluang skuad Harimau Selatan untuk mendapatkan jaringan.

Menerusi satu kenyataan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad di laman twitter, beliau mengesahkan bahawa ada cubaan untuk membawa pemain tersebut beraksi di bersama KV Kortrijk.

Advertisements

“Kami cuba membawanya dulu (ke KV Kortrijk) tetapi tidak berjaya,” jelasnya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini pernah ke Sepanyol bagi menjalani latihan percubaan bersama sebuah kelab di sana iaitu CF Fuenlabrada.

Prestasi memberangsangkan beliau sudah tentu mendapat perhatian kelab Liga Super dengan pengalaman luas pada usia muda bakal menjadi kekuatan terbaik buatnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram