Advertisements
Sikh Izhan Ingin Kekal Di Sepanyol
Dunia
MakanBola
CF Fluenladbrada

Penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel menyatakan hasrtanya untuk mahu kekal lebih lama lagi bersama kelab CF Fluenladbrada. Beliau sebelum ini menjalani sesi ujian percubaaan bersama ke kelab tersebut. Reaksi yang positif diterima oleh Sikh daripada kelab tersebut sepanjang tempoh itu berlangsung.

Dalam satu temuramah Sikh bersama pasukan CF Fluenladbrada yang dikongsikan di laman twitter, Sikh akui gembira untuk terus kekal disana oleh kerana banyak perkara baharu yang belum beliau puas dalami. Beliau sedar perbezaan cuaca antara perkara penting untuk menyesuaikan diri dalam persembah aksi terbaiknya.

“Saya rasa saya akan belajar sesuatu yang baru daripada pengalaman ini. Budaya baharu di Sepanyol, yang saya harapkan lebih banyak lagi dalam beberapa minggu akan datang.

“Bagi saya ia adalah pengetahuan baharu, mengenali budaya lain dan metodologi disini. Bagi saya ia sangat berbeza dengan Malaysia kerana cuacanya sangat sejuk.

Tambah Sikh, corak permainan di La Liga berada pada tahap intensiti yang tinggi dan juga rakan-rakan barunya itu membuatkan beliau selesa seperti kawan lama. Persaingan untuk menjadi yang terbaik disini sangat luar biasa kerana terdapat ramai pemain yang berkualiti.

“Gaya bola sepak dimainkan disini pada tahap intensiti yang lebih tinggi, dan rakan-rakan yang saya temui terasa seperti dikelilingi oleh rakan saya sendiri.

“La Liga bagi bagi saya adalah persaingan yang hebat, kerana kelabnya yang sangat bagus dan juga terdapat banyak division di sini. Ya, saya mahu tinggal lebih lama di sini dan mengenali tempat ini dengan lebih lanjut. 

Mengulas lanjut, Sikh merasakan masih ada peluang untuk beliau beraksi di pentas Eropah oleh kerana ketika ini adalah musim jendela perpindahan. Beliau berhasrat untuk berusaha habis-habisan jika dapat diberi peluang untuk bermain.

“Saya rasa ia akan menjadi musim yang hebat. Penghujung jendela perpindahan akan datang. Ini bermakna saya mungkin berpeluang bermain di sini.

“Jika saya mempunyai peluang itu, saya akan melakukan yang terbaik untuk mewujudkannya, untuk negara saya. Keluarga saya juga mahu saya bermain di sini juga.