Advertising
Sikh Izhan Mahu Buktikan Sesuatu Bersama Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui merasa bertuah dapat menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk saingan Piala Asia 2023.

Sikh Izhan sebelum ini dipanggil menyertai Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa pada Mac dan Jun 2023 serta dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada November lalu.

Jurulatih negara, Kim Pan-gon turut memberinya peluang beraksi sebagai benteng terakhir Malaysia untuk aksi persahabatan menentang Papua New Guinea pada 20 Jun.

Ad

Sikh Izhan bukan saja memastikan gawang negara kekal tanpa bolos. Malah, perlawanan tersebut menyaksikan Harimau Malaya merekodkan kemenangan besar 10-0.

Penjaga gol muda itu mengakui perlu bersaing sengit dengan Syihan Hazmi Mohamed (Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)) dan Azri Ghani (KL City FC) untuk slot penjaga gol utama Malaysia.

Ad
Ad

Namun begitu, pada masa sama, Sikh Izhan bersedia membuktikan keupayaan dirinya sekiranya dipilih Pan-gon berada dalam kesebelasan utama.

Ad

“Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada Coach Kim (Pan-gon) kerana mempercayai saya dalam skuad 26 pemain terbaik untuk ke Piala Asia.

“Dalam skuad ini, saya paling muda. Jadi, ini satu peluang terbaik untuk dapat pengalaman dan jika apa-apa berlaku, saya kena bersedia untuk apa-apa persediaan yang tak diingini.

“Apa barang yang tak diingini, saya tak minta (berlaku). Tapi kalau dapat peluang, saya akan beri yang terbaik,” katanya dalam sidang media hari ini.

Malaysia bakal melalui dua aksi pemanas badan bila di tiba di Qatar. Salah satu aksi pemanas badan yang disahkan ialah perlawanan menentang Syria pada 8 Januari 2024.

Sementara satu lagi aksi pemanas badan ialah membabitkan sebuah kelab di negara Teluk itu pada 4 Januari 2024.

Harimau Malaya bakal membuka tirai kempen Kumpulan E dengan menentang Jordan pada 15 Januari 2024.