Sikh Izhan Tinggalkan Selangor, Sertai Negeri Sembilan
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pencarian penjaga gol baru Negeri Sembilan menggantikan Syihan Hazmi Mohamed sudah berakhir. Ini selepas skuad Hoben Jang Hoben itu mengesahkan perpindahan Sikh Izhan Nazrel.

Sikh Izhan menyertai Negeri Sembilan secara pinjaman semusim dari Selangor. Perpindahan pinjaman penjaga gol itu diumumkan kedua-dua kelab menerusi laman media sosial mereka.

Sikh Izhan menjadi sebahagian daripada skuad Merah Kuning sejak musim 2021. Bagaimanapun, dia terpaksa bersaing dengan Khairul Azhan Mohd Khalid dan Samuel Somerville untuk slot penjaga gol utama Selangor.

Advertisements

Dengan meminjamkan Sikh Izhan ke Negeri Sembilan, ia diharap dapat membantunya bermain dengan kerap dan mampu memantapkan prestasinya sebagai penjaga gol.

Ini sekaligus dapat membantunya apabila dipanggil beraksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia baik pasukan senior atau pasukan bawah 23 tahun.

Sikh Izhan bakal bersaing dengan dua lagi penjaga gol baru, T. Shaheeswaran dan Taufiq Ar Rasyid untuk slot penjaga gol utama.

Advertisements

Shaheeswaran menyertai skuad Rusa dari JDT II. Manakala Taufiq pula menyertai Hoben Jang Hoben dari Sarawak United dengan kontrak semusim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram