Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin anak buahnya sudah cukup bersedia untuk bertemu dengan Singapura esok.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun sempat membuat analisis berkenaan perbezaan antara kekuatan pasukan bimbingannya dan juga Singapura ketika ini.

Katanya, pasukan tersebut tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi falsafah permainannya sementara Malaysia sudah banyak menunjukkan perbezaan.

Advertisements

“Saya lihat aksi Singapura dan mereka tidak banyak perbezaan.”

“Saya boleh katakan yang Malaysia sudah berbeza.”

Advertisements

Hal ini susulan pertemuan awal dalam aksi Tri Nations bulan Mac tahun lalu sambil Pan-gon yakin Malaysia mampu mencapai kemenangan.

Malah, beliau juga yakin skuad kendalinnya tidak akan hanya turun untuk bertahan sebaliknya akan terus memperagakan aksi terbaik.

“Singapura lebih banyak bertahan dan melakukan serangan balas tetapi kita tidak.”

“Kita mahu menguasai permainan, lebih proaktif, bertenaga dan dinamik. Kita berbeza,” jelasnya.

Malaysia turun dengan misi penting bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram