Situasi Huru-Hara di Maghribi, Perlawanan Bola Sepak Bertukar Bercana
Dunia
AFP
Advertisements

Lebih 100 anggota polis cedera bergelut dengan penyokong bola sepak melibatkan pasukan AS FAR dan Maghreb de Fez di Stadium Moulay-Abdallah.

Pasukan AS FAR yang tewas 0-2 mencetuskan kemarahan penyokong mereka sendiri yang akhirnya membuat keputusan untuk masuk ke padang dan menyerang penyokong lawan.

Situasi semakin tegang setelah penyokong kedua-dua pasukan dilihat membawa objek tajam seperti pisau, batu dan botol seperti yang dilaporkan media bola sepak di sana.

Advertisements

Lebih 160 individu ditangkap pihak polis yang bertungkus lumus meleraikan pergaduhan namun ianya menyebabkan anggota polis turut diserang dan cedera.

Perlawanan yang diadakan pada 13 Mac lalu merupakan antara perlawanan pertama yang menerima kehadiran penonton selepas tempoh kawalan pergerakan pandemik Covid-19 ditamatkan di negara tersebut.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Maghribi mengadakan mesyuarat tergembar bagi menyelesaikan masalah yang berlaku selain mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=fAx9c3qCMgQ

Maghribi merupakan negara dari benua Afrika yang terletak di bahagian utara dan terkenal dengan keganasan bola sepak sejak sekian lama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram