Komuniti
Adha/MakanBola
Advertisements

Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong FC (SKBJ FC) menyasarkan untuk menjuarai Liga Suparimau yang bakal memulakan aksi pada Ahad, 28 Januari 2024.

Jurulatih SKBJ FC, Ahmad Syahir Bin Husain menegaskan meskipun skuadnya kali ini terdiri daripada pemain-pemain baharu, namun kemenangan semestinya menjadi sasaran utama.

“Kalau ikutkan memang kami mahu menang. Akan tetapi, saya perlu realistik, pemain-pemain yang dipilih juga merupakan pemain yang baru”, katanya yang ditemui di Majlis Penyerahan Jersi dan Pengenalan Pemain di Breakfast Room, Bukit Jelutong.

Advertisements

Beliau juga mahu anak-anak buahnya meraih pengalaman berharga merasai suasana sebenar di atas padang berdepan lawan

“Objektif utama saya untuk bersaing dan pemain-pemain mempelajari sesuatu seperti merasai suasana permainan dan tekanan.”

Advertisements

Tambahnya lagi, berada di kedudukan pertengahan kumpulan juga merupakan keputusan yang positif memandangkan terdapat lima lagi pasukan di dalam kumpulan mereka.

“Sasaran saya kerana kita ada 6 pasukan dalam satu kumpulan, sekurang-kurangnya kita perlu ada di pertengahan kumpulan (ketiga atau kelima)”, tambah beliau lagi.

Advertisements

Walau bagaimanapun, apa yang penting bagi beliau agar para pemainnya belajar sesuatu melalui pertandingan ini dan terus meningkat di pertandingan akan datang.

“Namun begitu, sekiranya tidak mampu, ini juga merupakan pembelajaran terbaik buat kami.”

Advertisements

Bagi pasukan SKBJ FC, MakanBola telah memberi sedikit sumbangan bagi membantu melancarkan perjalanan kelab yang penuh potensi ini agar terus berjaya di dalam kempen Liga Suparimau nanti.

Kumpulan Liga Suparimau SKBJ FC Sasar Juarai Liga Suparimau
Liga Suparimau

SKBJ FC diletakkan dalam kumpulan Selangor U10 Tigers bersama Arian’s Lion, Cougar United, Destiny Eagles, MOTA FC Rangers dan Young Guns Junior.

Liga Suparimau

Pada aksi pembukaan esok, SKBJ dijadualkan berdepan MOTA FC Rangers jam 10 pagi di Padang 4, Ardence Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram