Skuad B-23 Diserikan Dengan Kehadiran Empat ‘Wonderkid’ Harimau Malaya
Dunia
goal.com
Advertisements

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney mengesahkan bahawa beliau bakal menggunakan khidmat empat pemain Harimau Malaya bagi menghadapi Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 yang bakal berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia dari 21-31 Oktober ini.

Pemain yang berada dalam rancangan pengendali berasal Australia itu ialah Luqman Hakim Shamsudin (Penyerang), Mukhairi Ajmal (Tengah), Hakimi Abdullah (Sayap) dan Quentin Cheng (Pertahanan).

Jelas Maloney, empat pemain tersebut sememangnya sudah berada dalam perancangannya dan beliau berpuas hati dengan aksi keempat-empat pemain tersebut ketika menentang Jordan dan Uzbekistan bersama skuad senior.

Advertisements

“Mukhairi, Hakimi, Quentin dan Luqman sudah tentunya berada dalam perancangan saya untuk kelayakan itu.

“Bagi saya mereka melakukan tugasan yang sangat baik di Jordan, dan mereka tunjukkan kesungguhan dan kematangan dalam aksi persahabatan itu,” katanya kepada Arena Metro.

Skuad B-23 yang diletakkan dalam Kumpulan J pada Kelayakan nanti, akan membuka tirai menentang Laos pada 25 Oktober, diikuti tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober dan gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand empat hari kemudian.

Advertisements

Menjadi juara kumpulan adalah sasaran utama pasukan B-23 negara untuk melayakkan mereka secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 di Uzbekistan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram