Skuad Belia Manchester United Juarai Piala FA Tewaskan Nottingham Forest
Dunia
Manchester United
Advertisements

Pemain bawah 18 tahun Manchester United telah dinobatkan sebagai juara Piala Belia FA England selepas berjaya mengatasi Nottingham Forest 3-1 di Old Trafford pada awal pagi Khamis waktu Malaysia..

Skuad belia United yang diteraju lagenda Ireland, Travis Binnion memeriahkan suasana gamat Old Trafford yang dihadiri lebih 67,000 penonton sekaligus memecah rekod kehadiran perlawanan melibatkan pasukan belia di United Kingdom.

Gol awal Rhys Bennett dan dua gol pada separuh masa kedua Alejandro Garnacho memastikan kemenangan ke atas pasukan Forest yang turut bekerja keras.

Advertisements

Kemalapan prestasi skuad senior di Liga Perdana Inggeris yang kini bergelut untuk merebut slot Liga Europa berjaya diubati dengan kemenangan skuad belia ini.

Sementara itu laman sosial media Manchester United menggelar skuad ini sebagai “The Class of ’22” mengambil alih kejayaan dan kebangkitan skuad idaman Manchester United “The Class of ’92” yang sebelum ini diketuai oleh pemain akademi berbakat seperti David Beckham dan Paul Scholes.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram