Advertising
Skuad Muda JDT Atasi Saingan Hebat Hanoi
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim III (JDT III) berjaya mencatatkan kemenangan tipis dalam aksi persahabatan berdepan kelab dari Vietnam, Hanoi.

Satu perlawanan persahabatan berlangsung pada Khamis di Padang Mawar yang menemukan pasukan muda Harimau Selatan ini dan juga Hanoi FC dari Vietnam.

JDT III yang masih segar dengan gelaran juara Piala Presiden pada November lalu menurunkan skuad terbaik yang dimiliki begitu juga dengan pasukan Hanoi.

Ad

Pertarungan berlangsung sengit dengan hanya satu jaringan dapat dihasilkan pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti yang disudahkan dengan baik oleh Zamir Zairi.

Ad

Usaha barisan pemain muda Hanoi ini untuk memburu gol penyamaan tampak tidak membuahkan hasil setelah kerap kali dipatahkan benteng pertahanan JDT III.

Keputusan akhir, JDT III 1-0 Hanoi.

Ad
Ad

Satu lagi perlawanan turut berlangsung membabitkan JDT IV serta Nongbua FC yang menyaksikan akademi dari Thailand itu meraih kemenangan 2-0.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments