Skuad Muda JDT Belasah KL City 6-0
Liga M3
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III membuka kempen Piala Presiden 2024 dengan kemenangan apabila mengatasi cabaran KL City FC dalam aksi pertama Kumpulan A.

Selepas menggondol gelaran juara Piala Presiden 2023, JDT III yang dibimbing Gonzalo Sanz Zaballos dilihat mahu meneruskan kecemerlangan musim lepas.

Sementara skuad muda KL City yang dibimbing Iqbal Hanafi Masduki pula berharap dapat mencipta kejutan ke atas pasukan dari selatan tanah air itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan gawang The City Boys bocor seawal minit kesembilan menerusi Raziq Rahman.

Belum sempat anak buah Iqbal Hanafi pulih daripada gol tersebut, mereka dibolosi lagi seminit selepas itu menerusi Naim Zainudin.

Raziq terus menjadi duri dalam daging kepada pertahanan tuan rumah dengan menyumbat gol ketiga JDT III pada minit ke-29.

Advertisements

Arami Wafiy memastikan pelawat mendahului 4-0 sehingga rehat separuh masa menerusi gol pada minit ke-40.

Bersambung pada babak kedua, JDT III terus ghairah memburu gol tambahan. Hasilnya, Arami sekali lagi menewaskan penjaga gol KL City, Muhammad Azim Norashid pada minit ke-64.

Iqbal Hanafi membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat menghalang pelawat daripada menjaringkan gol.

Advertisements

Malangnya, apa yang diharapkan beliau tidak berlaku. Afiq Danish melengkapkan kecemerlangan JDT III dengan meledakkan gol keenam pada minit ke-89.

Kemenangan besar yang dilakar anak buah Zaballos ini dilihat amaran buat pasukan lain dalam Kumpulan A bahawa JDT III mahu mempertahankan gelaran juara untuk musim 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram