Skuad Muda JDT Belasah Wakil KL & Sabah
Liga M3
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad remaja Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) membuktikan kualiti mereka setaraf dengan skuad senior dengan mengalahkan wakil Kuala Lumpur dan Sabah.

Mereka dan dua lawan mereka, KDH Global dan TABS SAFA merupakan sebahagian daripada 50 pasukan yang menyertai Malaysia Borneo Cup 2023.

Kejohanan ini bukan saja bertujuan mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi. Malah, ini diharap dapat menjadikan negeri Sabah sebagai destinasi pelancongan sukan utama di Malaysia.

Advertisements

JDT yang menghantar skuad B-14 tampak tidak berdepan masalah mengalahkan akademi bola sepak KDH Global 5-0. Akademi bola sepak ini berpangkalan di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Sementara TABS SAFA pula tidak dapat mengekang asakan ubi muda JDT dengan pasukan dari selatan tanah air itu menang 7-0.

Begitupun, skuad B-14 Harimau Selatan perlu tampil lebih mantap bila menentang pasukan dari luar negara. Difahamkan pasukan-pasukan dari Indonesia, Filipina dan Australia turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram