Skuad Muda JDT Diikat Selangor
Liga M4
Johor Southern Tigers
Advertisements

Hasrat skuad muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menoktahkan kemenangan tidak kesampaian apabila Selangor tampil dengan persembahan menakjubkan.

Aksi bagi Piala Belia itu berlangsung di Stadium Mindef, Kuala Lumpur menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan.

Skuad muda Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila menjaringkan gol menerusi percubaan Nor Ezawi namun segera dipadamkan oleh Amirul Izwan untuk meletakkan kedudukan 1-1.

Advertisements

Usaha keras anak didik Khushairi Abdul Wahab untuk mencari gol akhirnya membuahkan hasil apabila pemain tengah, Izzat Syahir meledak gol kedua The Red Giants.

Bersambung babak kedua, usaha gigih pasukan bimbingan Juan Miguel Munoz untuk menembusi gawang gol Selangor berhasil selepas Hilmi Farish menjaringkan gol pada minit ke-56 untuk mengikat kedudukan.

Advertisements

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram