Skuad Muda JDT Kejutkan Wakil Australia & Filipina
Liga A1
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad B-14 Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus tampil cemerlang dalam aksi Borneo Football Cup 2023.

Selepas selesa menewaskan dua wakil Malaysia iaitu akademi bola sepak KDH Global dan TABS Safa semalam, hari ini giliran Makati FC pula menjadi mangsa mereka.

Advertisements

Ubi muda Harimau Selatan berjaya mengatasi tentangan Makati sebelum meraih kemenangan 2-0 ke atas wakil Filipina itu.

Makati merupakan antara akademi bola sepak tertua di Filipina dan ditubuhkan pada 1976 oleh bekas pemain Real Madrid, Tomas Lozano.

Advertisements

Sejak itu, reputasi Makati sebagai akademi bola sepak terkenal di Filipina semakin dikenali. Malah, pada satu ketika, mereka juga pernah menjalin kerjasama dengan kelab Filipina, Stallion Laguna pada 2019.

Sementara wakil Australia, St. George City FC pula terpaksa gigit jari selepas diikat tanpa jaringan oleh skuad B-14 JDT.

Advertisements

Kecemerlangan ini diharap dapat diteruskan ubi muda Harimau Selatan sehingga tamat pertandingan.

Yang pasti, bakat pemain-pemain ini akan terus digilap bagi membolehkan mereka dapat mewakili skuad utama JDT pada masa hadapan.

Advertisements

News Comments Account