Skuad Muda JDT Lakar Kejayaan Bedil Lion City Sailors
Liga M3
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III mula meningkatkan persiapan menjelang Piala Presiden musim 2024.

Hal ini dicapai dengan membenam skuad Lion City Sailors Bawah 21 Tahun (B-21) 4-1 di Padang Seri Gelam hari ini.

JDT III yang memegang status sebagai juara Piala Presiden musim lepas tampak garang dengan menyumbat empat gol dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Selepas melihat anak buahnya dibolosi sekali, jurulatih JDT III, Gonzalo Sanz Zaballos akan memantapkan lagi persediaan mereka sebelum musim bermula pada bulan hadapan.

JDT III bakal membuka kempen Piala Presiden musim 2024 dalam Kumpulan A bersama Sabah FC, Melaka FA, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16 Tahun dan Terengganu FC III.

Sementara Kuala Lumpur City FC, Melaka FA, Perak FC III dan Kelantan FA pula melengkapkan baki pasukan dalam Kumpulan A.

Advertisements

Piala Presiden bakal menggunakan format liga dua pusingan timbal balik dan akan berakhir pada Ogos ini.

Empat pasukan teratas dari Kumpulan A dan B akan layak ke peringkat suku akhir Piala Presiden.

Pasukan yang berjaya melepasi pusingan tersebut seterusnya akan mengharungi peringkat separuh akhir dan final secara timbal balik.

Advertisements

Kesemua perlawanan suku akhir, separuh akhir dan final dijangka berlangsung sekitar September dan Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram