Skuad Muda JDT Muncul Juara Berneo Football Cup 2023
Liga M3
Johor Southern Tigers
Advertisements

Satu lagi kejayaan dilakar skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) B-14 apabila mereka muncul juara Borneo Football Cup 2023.

Berita gembira ini dikongsikan pengurusan JDT menerusi satu hantaran di Johor Southern Tigers beberapa minit lalu.

Ubi muda JDT terus mempamerkan prestasi mantap dengan menewaskan Southridge School dari Filipina 4-0 dalam aksi separuh akhir.

Advertisements

Keghairahan mereka memburu gol tidak terhenti di situ saja. Pada aksi final, barisan serangan skuad muda Harimau Selatan memastikan gawang St. George City dari Australia dibolosi enam kali.

Menariknya, ini lawan sama yang dihadapi ubi muda JDT semalam dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Kemajuan yang ditunjukkan pemain-pemain remaja ini amat memberangsangkan dan mampu membantu bola sepak negeri Johor untuk jangka masa panjang.

Advertisements

Siapa tahu, pemain-pemain yang muncul pemenang hari ini mampu menyarung jersi JDT pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram