Ads
MFL
Kedah Darul Aman FC B

Kedah Darul Aman B (KDA B) memastikan rekod kebal tanpa kekalahan yang dipegang Terengganu II dalam kempen Piala MFL lebur pada Selasa.

Advertisements

Setelah diikat oleh Perak dalam aksi terdahulu, Terengganu II turun dalam perlawanan ke-6 dan dijadualkan berdepan satu lagi kelab dari utara tanah air, KDA B di gelanggang lawan.

Advertisements

KDA B menampilkan barisan terbaik ditunjangi 4 tonggak pasukan utama termasuklah Abdul Halim Saari manakala Terengganu II menaruh harapan buat Rahadiazli Rahalim di benteng terakhir.

Advertisements

Advertisements

Aksi bermula seimbang dengan penguasaan bola kerap kali bertukar di antara KDA B dan Terengganu II sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk menembusi gawang lawan.

Lima minit sebelum memasuki bilik persalinan, pertahanan KDA B, Loqman Hakim menanduk masuk gol pertama hasil sepakan penjuru untuk tuan rumah mendahului di babak pertama.

Advertisements

Separuh masa pertama, KDA B 1-0 Terengganu II.

Kembali dari rehat, KDA B semakin rancak mengatur gerak dan akhirnya berjaya menambah jaringan kedua menerusi penyudah Aiman Afif pada minit ke-59 untuk menewaskan Rahadiazli buat kali kedua.

Pelawat cuba bangkit merencana serangan untuk mencari gol pertama dengan membawa masuk pemain dari bangku simpanan namun masih gagal menembusi gawang yang dikawal Hafizy Hajazy.

Tiada sebarang jaringan tambahan dapat dihasilkan baik KDA B mahupun Terengganu II sehingga permainan tamat menyaksikan tuan rumah merekodkan tiga mata pertama dalam kempen Piala MFL.

Aksi di Stadium Darul Aman berakhir dengan kemenangan memihak KDA B mengatasi Terengganu II.

Advertisements

Aksi Piala MFL selepas ini menyaksikan Terengganu II akan melayan kunjungn KL City Extension di laman sendiri pada 6 Ogos manakala KDA B akan terbang ke Likas untuk bertemu Sabah II pada 27 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram