Skuad Muda Kedah Sekat Keampuhan JDT
Liga A1
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Hajat skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV merekodkan kemenangan keempat berturut-turut tidak berhasil apabila dirantai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) D dalam aksi terbaru Kumpulan B Piala Belia.

Harimau Selatan yang dibimbing Pedro Collada Celda ingin meneruskan rekod tiga kemenangan berturut-turut selepas membelasah Kuching City FC 6-0 pada 11 Mei lalu.

Advertisements

Sementara Kedah pula berharap dapat kembali meraih kemenangan selepas tunduk 2-0 kepada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16 Tahun (B-16) pada minggu lepas.

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pantas dimanfaatkan anak buah Rizal Johari sebaik perlawanan bermula.

Advertisements

Sang Kenari bermula dengan positif apabila pemain tengah, Muhammad Syobirin Zuhri meledakkan gol melepasi penjaga gol JDT IV, Danial Idraqi Mohd Asmir pada minit ke-11.

Tersentak, skuad muda Harimau Selatan berusaha memburu gol penyamaan menerusi dua penyerang mereka, Qahir Dzakirin Rosfaizi dan Aiman Nazmi Mohd Nazsri.

Advertisements

Tuan rumah diketuai kapten, Aiman Naufal Khalil bekerja keras menyerap asakan JDT bagi memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada separuh masa kedua, JDT terus mengatur serangan ke atas kubu pertahanan tuan rumah diketuai penjaga gol, Danish Haszriq Muhamad Thahlal.

Advertisements

Malangnya, kekentalan barisan pertahanan Kedah terus menyukarkan pelawat mendapatkan gol penyamaan.

Situasi ini mendorong Collada Celda membuat beberapa pertukaran pemain untuk menambah bisa di bahagian serangan.

Advertisements

Akhirnya, gol yang dicari skuad muda Harimau Selatan akhirnya muncul pada minit ke-93 menerusi penyerang gantian, Adib Safaraz Rozaidi. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan JDT semakin ketinggalan di belakang AMD B-16 selepas hanya mengumpul 11 mata selepas lima perlawanan. Ini selepas AMD B-16 menewaskan Terengganu FC IV 3-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan B hari ini.

Advertisements

Sementara Kedah pula mengumpul empat mata selepas mengharungi empat perlawanan Kumpulan B.

Advertisements

News Comments Account