Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan skuad muda Kelantan Darul Naim (DN) menentang Penang FC dalam saingan Piala MFL yang berakhir dengan keputusan 3-2.
Kelantan Darul Naim turun dengan rekod bersih tanpa kalah sementara skuad muda Penang pula ketika ini masih mencari kemenangan pertama dalam perlawanan minggu ke-6 ini.
Penang FC membuka jaringan pertama seawal 13 minit permainan menerusi pemain kebangsaan, Alif Ikmalrizal Anuar.
Kegembiraan penyokong Penang terhenti pada minit ke-19 permainan, penyerang muda Kelantan Darul Naim, Wan Mohamad Fazli Ghazali berjaya menyamakan kedudukan.
Separuh masa pertama tamat, dengan keputusan seri Kelantan Darul Naim 1-1 Penang.
Separuh masa kedua bermula, skuad kendalian Manzoor Azwira terus garang, penyerang berbisa, Alif Ikmalrizal Anuar mencipta jaringan kedua buat Penang pada minit ke-54 permainan.
Pada minit ke-69 permainan, skuad muda Kelantan Darul Naim berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti. Namun, Wan Mohamad Fazli Ghazali gagal menjaringkan peluang itu.
Skuad muda Kelantan terus kembalk bangkit apabila pada minit ke-76 permainan, menerusi pemain gantian tengah, Ahmad Amjad Huzeny.
Pada minit ke-86 permainan, pertahanan Kelantan DN, Muhammad Aqif Asyraaf menjadi wira pasukan apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pasukan sekaligus gol kemenangan pasukan.
Perlawanan tamat, Kelantan DN 3-2 Penang. Anak buah Manzoor Azwira tewas di tempat lawan.
Selepas ini, skuad muda Kelantan Darul Naim akan meneruskan perjuangan rekod bersih tanpa kalah menentang Negeri Sembilan, sementara Penang akan bertemu Kuching City untuk mencari kemenangan pertama.