Advertisement
Skuad Muda Malaysia Tewaskan Al Arabia Di Qatar
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) dilihat mula membiasakan diri dengan latihan di Akademi Aspire, Qatar. Dan ini dibuktikan dengan kemenangan 4-2 anak-anak buah Osmera Omaro itu ke atas pasukan remaja Al-Arabia semalam.

Latihan yang diadakan di Akademi Aspire ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad B-17 kebangsaan bagi mendepani Piala Asia B-17 yang akan diadakan di Thailand pada Jun ini.

Perlawanan yang diadakan di Pusat Latihan Universiti Qatar, Doha itu menyaksikan anak-anak buah Osmera kelihatan tiada masalah membolosi Al-Arabi sebanyak empat kali.

Bagaimanapun, dua gol yang dilepaskan barisan pertahanan muda B-17 menunjukkan masih banyak kerja perlu dilakukan untuk memantapkan pasukan.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu ialah suku akhir pada edisi 2014. Dengan sasaran untuk edisi 2023 ialah suku akhir, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun percaya anak-anak buah Osmera mampu melepasi sasaran berkenaan dan layak ke Piala Dunia B-17.