Skuad Muda Oman Tewas Dua Aksi Berturut-Turut
Asia
Oman FA
Advertisements

Skuad muda Oman mengharungi tempoh yang sukar apabila tewas dua perlawanan berturut-turut.

Aksi pertama menyaksikan pasukan muda Oman berdepan dengan lawan yang amat hebat iaitu Qatar dalam perlawanan yang berlangsung di Qatar.

Aksi sengit itu bagaimanapun memihak kepada pasukan Qatar dengan keputusan tipis 1-0.

Advertisements

Perlawanan kedua pula menemukan skuad b-16 Oman yang bertandang bagi menentang Aspire Academy dalam satu perlawanan tertutup.

Keputusan sekali lagi tidak memihak kepada skuad muda Oman apabila kecundang dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Ketika ini, latihan hanya berlangsung bagi skuad muds mereka sahaja tatkala pasukan kebangsaan masih belum memulakan latihan rasmi.

Senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat juga masih belum diumumkan sekaligus menimbulkan tanda tanya tentang barisan utama yang bakal turun menentang Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Oman juga telah melantik bekas ketua jurulatih Republik Czech, Jaroslav Silhavy untuk memulihkan persembahan pasukan.

Aksi Oman dan Malaysia akan berlangsung pada 21 Mac 2024 sementara aksi kedua di Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram