Ads
MFL
Terengganu FC II

Hajat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II kembali bergelar pendahulu Piala MFL tidak kesampaian apabila tewas kepada Terengganu FC II dalam aksi terbaru Piala MFL musim 2024/25.

Advertisements

JDT II yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez perlu menang jika ingin memburu pendahulu liga ketika ini, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Sementara juara Piala MFL musim 2023, Terengganu II pula memburu kemenangan untuk menduduki kedudukan tiga teratas liga.

Advertisements

Harimau Selatan diperkuatkan dengan kehadiran Ramadhan Saifullah dan Mohamadou Sumareh. Sementara jentera serangan skuad Peteh pula diterajui penyerang muda, Syahmi Zamri.

Advertisements

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan JDT II berusaha merobek gawang Terengganu II menerusi peledak berbisa, Gabriel Nistelrooy dan Aiman Danish Abdul Azim.

Keadaan ini mendorong Terengganu II yang dibimbing Hairuddin Omar bekerja keras menyerap asakan pelawat.

Advertisements

Skuad Peteh turut melancarkan serangan balas menerusi Syahmi, Aqil Idham Bahari dan bekas penyerang PDRM FC, Nnabuike Chijioke Chukwu. Malangnya, usaha mereka tidak membuahkan hasil.

Ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Terengganu II terus menggandakan serangan menerusi gandingan Syahmi, Chijioke dan Aqil Idham.

Gol yang dicari barisan muda Peteh akhirnya muncul pada minit ke-52 menerusi Syahmi. Penyerang berusia 24 tahun itu tidak dikawal sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol pelawat, Zulhilmi Sharani.

Tersentak, Munoz Rodriguez membuat beberapa pertukaran pemain untuk menukar momentum permainan. Beliau memasukkan Fergus Tierney, Daryl Sham K.K George dan Muhammad Danish Mohamad Zahir.

Sementara Hairuddin pula memasukkan Izzul Adham Suhaimi menggantikan Syahmi untuk mempertahankan kelebihan mereka. JDT II terus memburu gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Terengganu II memintas Selangor FC di tangga ketiga dengan lapan mata. Sementara JDT II pula kekal di tangga kedua dengan sembilan mata.

Advertisements

Selepas ini, JDT II bakal berdepan PDRM FC pada 16 Julai. Sementara Terengganu II pula berdepan Perak FC II pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram