Skuad Muda Terengganu Tewaskan KL City
MFL
Terengganu FC II
Advertisements

Terengganu FC II terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Juara Piala MFL dengan menewaskan KL City FC Extension di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Ubi muda Penyu yang dibimbing bekas penyerang negara, Hairuddin Omar mahu meneruskan rekod tanpa kalah dalam liga dan merampas kedudukan pendahulu daripada PDRM FC.

Dan itu ditunjukkan Terengganu II pada babak pertama. Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Syahmi Zamri pada minit ke-13.

Advertisements

Ini merupakan gol ketujuh beliau dalam Piala MFL musim ini. Menariknya, Syahmi juga muncul wira skuad senior Penyu dengan menyumbat gol penyamaan semasa mereka mengikat Bali United 1-1 beberapa hari lepas.

KL City Extension cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, ubi muda The City Boys berusaha meningkatkan asakan tetapi usaha mereka tidak membuahkan hasil.

Ini mendorong jurulatih mereka, Wan Rohaimi Wan Ismail membuat beberapa pertukaran dengan harapan membawa kepada gol penyamaan.

Advertisements

Malangnya, barisan pertahanan tuan rumah yang diketuai Ubaidullah Shamsul Fazili memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini membolehkan ubi muda Peteh merampas kedudukan pendahulu daripada Sang Saka Biru dengan 10 mata. Manakala The City Boys kekal di tangga keenam liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram