Skuad Projek FAM-MSN Kekal Bersaing Di Liga Perdana
Dunia
sportflex
Advertisements

Skuad projek FAM-MSN akan kekal menjadi pencabar di Liga Perdana musim hadapan. Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar. Beliau turut mengesahkan bahawa ketua jurulatih baru bagi skuad Projek FAM-MSN iaitu Hassan Sazali Mohd Waras.

Bekas pembantu jurulatih kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras, bakal menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Yusri Che Lah selepas Yusri meletak jawatan susulan mendapat tawaran baru daripada beberapa buah pasukan.

Menurut Saifuddin, beliau menyatakan campuran muka baharu dan muka lama akan dilakukan untuk melengkapkan pasukan bagi saingan Liga Perdana musim hadapan. Baginya, skuad projek ini tidak sesuai untuk beraksi di Piala Presiden mahupun Piala Belia oleh kerana sasaran utama adalah melahirkan ubi muda yang akan wakili skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Advertisements

“Ada beberapa muka lama akan dikekalkan dan pada masa sama mengambil pemain baharu untuk melengkapkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.

Tambah Saifuddin, skuad projek FAM-MSN musim hadapan akan lebih memfokuskan kepada pendedahan barisan pemain muda ini dengan saingan liga yang kompetetif. Hal ini bakal beri kesan yang positif buat para pemain untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar di masa hadapan.

“Berikutan itu, kita melantik bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan Hassan Sazali Mohd Waras untuk mengemudi pasukan terbabit. Seperti sedia maklum, kita tidak meletakkan sasaran cuma mengharapkan pemain muda ini didedahkan dengan saingan liga kompetitif supaya mereka lebih bersedia mengharungi cabaran lebih besar kelak,” kata Saifuddin kepada Arena Metro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram