Skuad Wanita Malaysia Kekang ‘Amukan’ Thailand
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Perlawanan kelayakan Piala Asia Wanita yang berlangsung di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, Palestin sebentar tadi, skuad wanita Malaysia berjaya mengekang amukan Thailand selepas perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Thailand dengan keputusan 4-0.

Pasukan Thailand yang mempunyai rekod yang baik dalam peringkat kelayakan ini tidak mampu menyerap kekuatan aksi pasukan negara sungguhpun bermula garang pada dua minit pertama.

Mereka tidak memberi laluan mudah apabila hantaran di bahagian kawasan Malaysia dimanfaatkan dengan baik untuk mendahului sebelum menggandakan kedudukan seminit kemudian.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan negara cuba mengatur rentak untuk melancarkan serangan ke bahagian namun usaha tersebut sering digagalkan oleh jentera tengah pasukan Gajah Putih yang laju melakukan tindakan susulan.

Tindakan cemerlang penjaga gol negara, Azurin Mazlan wajar dipuji apabila penjaga gol berusia 21 tahun itu melakukan kerja keras untuk menggagalkan percubaan demi percubaan oleh pasukan lawan.

Permainan diihat agak seimbang memasuki 15 minit permainan dengan pasukan negara mula mengatur langkah untuk memasuki bahagian padang.

Advertisements

Selang seminit kemudian, percuban jarak jauh pemain negara hampir membuahkan hasil apabila percubaannya tepat ke sasaran namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Thailand.

Thailand memperoleh gol ketiga apabila gerakan menerusi bahagian kanan padang tidak mampu disekat dengan baik dalam situasi kelam-kabut itu.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus memberi laluan sukar apabila tidak membenarkan pasukan Thailand melepasi kawalan menerusi kawalan satu lawan satu yang diterapkan.

Advertisements

Sesekali, gerakan yang dilakukan pasukan wanita negara berhasil untuk menguji kekebalan benteng lawan namun tidak berjaya disudahkan.

Malaysia juga sudah mula melakukan beberapa siri percubaan untuk menjaringkan gol pertama pasukan dalam perlawanan ini.

Thailand sekali lagi membolosi gawang Malaysia pada masa kecederaan melalui satu rembatan leret dalam kotak penalti pasukan negara untuk menutup perlawanan malam ini.

Advertisements

Sungguhpun barisan pertahanan negara dibolosi empat gol namun kesungguhan dan kekuatan untuk mengekang asakan bertali arus wajar diberi pujian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram