Slot Piala Malaysia Melaka United Dibatalkan
Dunia
Melaka United
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa Melaka United tidak dibenarkan beraksi dalam kejohanan TM Piala Malaysia 2022. Ini disebabkan oleh kegagalan kelab berkenaan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai seperti yang dilaporkan media MFL.

Keputusan itu dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas kelab Liga Super berkenaan gagal melunaskan bayaran tunggakan gaji mengikut tarikh yang ditetapkan.

Menurut MFL, Melaka United telah menerima notis peringatan pada 6 September 2022 atau tarikh lain yang dipersetujui semua pihak.

Advertisements

Bagaimanapun pada hari ini (21 September 2022), Melaka United hanya dapat mengemukakan bukti pembayaran sehingga Jun 2022 dan ini menyebabkan hak pasukan berkenaan untuk beraksi di Piala Malaysia dibatalkan.

“Melaka United gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan di mana mereka hanya membuat pembayaran baki tunggakan gaji sehingga Jun 2022. Selain itu mereka juga belum mendapatkan persetujuan bersama pemain dan pegawai bagi bayaran baki tunggakan gaji berkenaan.

“Maka atas sebab itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan tidak membenarkan Melaka United bertanding dalam saingan TM Piala Malaysia musim ini.

Advertisements

“MFL mengingatkan agar Melaka United dapat menyelesaikan baki tunggakan gaji berkenaan bagi mengelakkan mereka tidak diberikan lesen bersaing dalam Liga Malaysia 2023,” jelas MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Berkenaan dengan pasukan gantian slot Melaka United untuk TM Piala Malaysia, MFL akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Sementara itu, Sarawak United FC telah menjelaskan semua bayaran gaji tertunggak kepada pemain sehingga bulan Ogos 2022. Bayaran gaji tertunggak kepada pegawai pasukan pula telah dibayar sehingga bulan Julai 2022 walaubagaimanapun Sarawak United dan pegawai pasukan telah mencapai persetujuan bersama berkenaan bayaran tunggakan gaji bulan Ogos 2022.

Advertisements

“Walaupun ada usaha ditunjukkan oleh pihak pengurusan Sarawak United untuk menyelesaikan tunggakan gaji ini, MFL tetap memberi peringatan kepada Sarawak United agar isu seumpama ini tidak berulang lagi yang boleh memberi kesan kepada lesen untuk bertanding dalam Liga Malaysia 2023,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram