SPRM Serbu Pejabat KLFA, KL City
Dunia
SPRM
Advertisements

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan serbuan ke atas pejabat Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC dalam siasatannya terhadap KLFA.

Satu sumber berkata, serbuan itu dilakukan selepas SPRM menerima laporan berhubung dakwaan pecah amanah melibatkan dana tajaan untuk KL City dan sebidang tanah yang dikaitkan dengan akademi KLFA di Desa Melawati.

Agensi antirasuah itu dijangka memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pecah amanah jenayah (CBT) dan salah guna kuasa membabitkan KLFA.

Advertisements

“Dokumen yang diperoleh dari pejabat KLFA minggu lalu telah dihantar ke jabatan forensik untuk dianalisis dan SPRM akan mengkaji sama ada proses penggunaan dana tajaan itu mematuhi undang-undang.

“Tajaan terbesar adalah daripada Datuk Bandar KL, diikuti beberapa syarikat di bandar ini. Bagaimanapun, siasatan masih di peringkat awal,” kata sumber itu seperti dilaporkan Free Malaysia Today.

Ketika dihubungi pihak FMT, pengarah kanan SPRM (bahagian siasatan) Hishamuddin Hashim mengesahkan bahawa siasatan terhadap KLFA sedang dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram