Sri Pahang Dan PDRM Mula Berperang Di Media Sosial
Asia Tenggara
Sri Pahang / PDRM FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super ketujuh (LS7) akan diteruskan dengan beberapa aksi menarik. Antaranya ialah perlawanan yang melibatkan pasukan berada di pertengahan liga, PDRM FC dan Sri Pahang FC. Perlawanan akan dilangsungkan pada jam 10 malam ini bertempat di Stadium MBPJ.

Kedua-dua pasukan ini mengumpul jumlah mata yang sama iaitu 10 mata namun kelebihan memihak Sri Pahang selepas jumlah jaringan mereka melebihi PDRM. Walaupun perlawanan tersebut akan dimainkan malam ini, namun kedua-dua pasukan sudah memulakan peperangan di media sosial Twitter masing-masing.

Sri Pahang dilihat memulakan peperangan media sosial itu dengan memuatnaik foto yang memperlihatkan sebuat kereta polis yang terbakar menandakan mereka sedia menewaskan PDRM dalam perlawanan malam ini.

Advertisements

PDRM tidak berdiam diri apabila membalas dengan memberikan amaran kepada Sri Pahang. Dalam ciapan twitter dari PDRM, mereka mahu menghalang ‘Sang Gajah’ kerana ‘Sang Gajah’ tidak boleh berada di atas jalan.

Peperangan media sosial itu diakhiri oleh PDRM dengan satu video yang dimuatnaik memperlihatkan ‘Sang Gajah’ sedang mendarat di sebuah lapangan terbang. Mereka meletakkan kapsyen seolah-oleh membayangkan pasukan Sri Pahang sudah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada September 2020 yang mana menyaksikan Sri Pahang menewaskan PDRM dengan keputusan 2-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram