Sri Pahang Sambar Mesin Gol Penang
Dunia
Sri Pahang FC / penang FC
Advertisements

Selepas meninggalkan pasukan Liga Super, Penang FC, penyerang import dari Brazil, Lucas Silva Espindola dikatakan semakin hampir untuk menyertai pasukan Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Super musim hadapan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran dalam satu ciapan di laman twitter beliau. Namun sehingga kini masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi mengenai kemasukan pemain-pemain baharu Sri Pahang.

Sebelum ini, Sri Pahang juga diberitakan bakal mendapatkan penjaring terbanyak Piala Malaysia 2022 yang juga bekas pemain Terengganu FC, Kpah Sherman. Sudah pasti, gandingan Kpah dan Lucas Silva akan membantu Sri Pahang dalam mencipta banyak jaringan buat pasukan Tok Gajah itu musim hadapan.

Advertisements

Lucas Silva yang digelar sebagai mesin gol Penang pada musim lalu berjaya menunjukkan prestasi terbaik beliau apabila berjaya meledak 11 gol daripada 15 penampilan bersama Penang dalam kesemua pertandingan.

Walaupun hadir ke Penang pada pertengahan musim 2022 bagi menggantikan penyerang Penang, Casagrande, namun Lucas berjaya meyakinkan para penyokong ‘Harimau Kumbang’ dengan persembahan konsisten dan menjaringkan gol hampir setiap perlawanan melibatkan Penang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram