SSM Pahang Mula Langkah Kanan Tewaskan Pulau Pinang

ssm pahang pilau pinang SSM Pahang Mula Langkah Kanan Tewaskan Pulau Pinang
FA Malaysia

Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR 2022) bermula pada hari ini dengan 2 perlawanan berlangsung di JSA Arena Setia Alam. Satu lagi perlawanan melibatkan pasukan Negeri Sembilan FC lawan Sarawak FA. 8 pasukan bertanding dengan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A disertai oleh SSM Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka United. Manakala Kumpulan B terdiri daripada Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Kelantan. Kesemua pasukan ini adalah Juara dan Naib Juara bagi saingan Liga Wanita Nasional yang melibatkan 3 zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan.

SSM Pahang dilihat bermain dengan kualiti tersendiri dengan kawalan kemas dan hantaran daripada kawasan tengah yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan Pulau Pinang. Namun Pulau Pinang pula lebih banyak memberi ancaman menerusi situasi serangan balas pantas.

Dalam perlawanan ini SSM Pahang yang menjaringkan terlebih dahulu menerusi Ku Nuwairah Ku Mahadzir pada minit ke-25. Aksi tangkas penjaga gol pasukan Pulau Pinang dapat menafikan daripada tambahan gol di separuh masa kedua.

Di separuh masa kedua dilihat pasukan Pulau Pinang mula menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menyerang namun beberapa kesilapan daripada pemain pertahanan menyebabkan mereka dibolosi buat kali kedua pada minit ke- 48 menerusi Kaseh Carlmila.

Ain Nur Qaseh sekali lagi berjaya menambah jaringan pada minit ke- 52 sebelum Pulau Pinang berjaya mendapat gol pertama pada minit ke- 65 menerusi Izzati Zainol. Keputusan 3-1 memberikan sedikit ruang untuk Pulau Pinang namun kemasukan pemain Zarith Sofea membuahkan hasil apabila tandukan beliau terus menerjah masuk menerusi sepakan penjuru. Kedudukan kekal 4-1 sehingga wisel ditiupkan pengadil.