Dunia
Advertisements

Stadium Darul Aman kini berwajah baru dan penyokong pasukan Kedah kini boleh berbangga dengan fasiliti Darul Aman yang bakal menyangi kehebatan Stadium Tan Sri Haji Yunus, Larkin.

82423894 2976967092322510 4975064299190878208 o Stadium Darul Aman Berwajah Baru, Bakal Tandingi Stadium Larkin
CCTV canggih yang membuktikan usaha Kedah untuk 1000 kali kehadapan.

Dengan lampu limpah yang kini semakin terang, skrin LED HD dan kerusi penuh untuk kesemua tempat duduk, Stadium Darul Aman bakal mendapat kebenaran penuh AFC untuk Kejohanan Liga Juara-Juara Asia.

Proses renovasi Stadium Darul Aman adalah untuk memenuhi syarat utama ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum bermulanya perlawanan kelayakan pusingan kedua menentang pasukan Hong Kong, Tai Po FC.

Advertisements
Proses renovasi SDA yang selakukan sejak Oktober 2019.
Proses renovasi SDA yang selakukan sejak Oktober 2019.
Proses renovasi SDA yang selakukan sejak Oktober 2019.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Asmirul Anuar Aris, Stadium Darul Aman akan digunakan kembali pada perlawanan kelayakan AFC selepas melalui proses baikpulih sebelum ini.

“Segala syarat utama ditetapkan AFC adalah perkara asas perlu diikuti dan dilengkapi KFA dan pihak Stadium Darul Aman sebelum bermulanya saingan kelayakan ACL ini.

Persis suasana di Eropah. Foto oleh Kedah FA

“Antara pembaharuan di Stadium Darul Aman ialah kamera litar tertutup (CCTV), papan skor LED (Full HD), bilik siaran media, bilik persalinan pemain, kerusi tempat duduk penonton, cahaya lampu limpah padang yang amat baik dan juga lain-lain persiapan termasuk aspek keselamatan ditetapkan.

Advertisements

“Kesempatan meninjau keseluruhan dari segenap segi penambahbaikan dijalankan amat memuaskan hati dengan Ahli-Ahli Eksekutif KFA turut sama dalam tinjauan bagi menyaksikan sendiri perubahan dilakukan di stadium keramat skuad Hijau Kuning ini,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram