Stadium Merdeka Jalani Penambahbaikan, Keadaan Padang Jadi Tumpuan
Komuniti
Cerita Bola Malaysia
Advertisements

Sebut saja Stadium Merdeka, rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak amat mengenali mercu tanda ikonik negara itu.

Sejak ditutup pada tahun 2016 bagi membolehkan kerja-kerja penaiktarafan dijalankan, ramai ingin tahu wajah terbaru Stadium Merdeka.

Hari ini, halaman Facebook Cerita Bola – Malaysia memuatnaik imej terbaru Stadium Merdeka menerusi satu hantaran beberapa jam yang lalu.

Advertisements

Imej terbaru Stadium Merdeka menunjukkan stadium itu sudah menjalani penaiktarafan secara berperingkat-peringkat termasuk pemasangan trek olahraga baru berwarna biru.

Sementara permukaan padang stadium pula masih lagi melalui proses penaiktarafan. Berdasarkan keadaan padang, padang dijangka menggunakan rumput jenis Cowgrass.

Advertisements

Imej terbaru Stadium Merdeka ini membuatkan ramai peminat bola sepak teruja termasuk pengulas perlawanan terkenal, Wan Khairil Azwa.

“Fuh, bayangkan, ‘Salam hormat & salam bahagia, selamat datang ke Stadium Merdeka, rumah untuk Harimau Malaya.’,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Advertisements

Proses penaiktarafan Stadium Merdeka dijangka siap sekitar April atau Mei ini dengan proses tersebut dipantau oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor (TSSC), Tan Sri Abd Karim Munisar kepada Berita RTM pada 3 Februari lalu.

Advertisements

Ini bagi memudahkan urusan jawatankuasa melancarkan urus tadbir stadium semasa kejohanan berlangsung nanti.

“KIta jangkakan pada bulan April atau Mei, kita akan maklum kalau sudah siap. Kita nak samakan dengan stadium, kemudian nombor kerusi tiada label, susunan melalui kuadran.”

“Kita akan beri 1,500 tiket kepada Singapura kerana stadium ini boleh memuatkan kira-kira 20,000 penonton. Maka kita bagi semua peluang untuk tonton bersama,” katanya.

TSSC bakal berlangsung pada 17 Ogos ini membabitkan pasukan pilihan Selangor dan Singapura. Juara bukan saja menggondol trofi TSSC tetapi juga hadiah wang tunai berjumlah RM80,000.

Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan untuk Persekutuan Tanah Melayu kerana siap dibina dalam tempoh setahun iaitu dari 1956 hingga 1957.

Di sinilah, stadium ini menjadi tuan rumah untuk detik paling bersejarah negara apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Ini disusuli dengan pengisytiharan pembentukan Malaysia di stadium sama oleh baginda pada 16 September 1963.

Proses pemulihan, penaiktarafan dan pengurusan Stadium Merdeka kini diletakkan di bawah seliaan anak syarikat PNB, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd menerusi Merdeka Heritage Trust (MHT) 2006.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram