Stadium Nasional Mỹ Đình Sedia Sepenuhnya Menjelang Aksi Vietnam & Malaysia
Dunia
Asean Football
Advertisements

Stadium Nasional My Dinh kini sudah bersedia sepenuhnya bagi aksi penting antara pasukan Vietnam menentang Malaysia malam ini.

Pertembungan dua pasukan pilihan ini bakal berlangsung dan semua mata sudah tentu mahu melihat perlawanan penting Kumpulan B ini.

Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon mahu mencipta sesuatu kali ini selepas kali terakhir mencatat kemenangan pada tahun 2014.

Advertisements

Vietnam juga mahu mengekalkan rekod yang baik bertemu skuad Harimau Malaya sejak sekian lama tatkala anak buah Park Hang-seo kini dalam momentum terbaik untuk menebus kehampaaan edisi lalu.

Keadaan padang stadium di Vietnam juga sudah pun bersedia sepenuhnya bagi menjadi saksi pertembungan epik yang berkemungkinan menentukan juara kumpulan B Piala AFF 2022.

Advertisements

Malaysia dan Vietnam kini sudah pun mencatat kemenangan dalam dua perlawanan terakhir kumpulan dalam usaha  untuk mara ke pentas separuh akhir.

Harimau Malaya dijangka tampil tanpa kelibat pertahanan tengah, Khuzaimi Piee yang mengalami kecederaan bahagian betis.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram