Stadium Paroi Bakal Gunakan Rumput Zeon Zoysia
Dunia
NSFC1923
Advertisements

Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi difahamkan akan menaik taraf rumput kepada Zeon Zoysia seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, kerja menaik taraf akan dimulakan pada Mac ini selepas proses menukar tempat duduk penonton selesai.

Jelasnya, proses penukaran padang ini membabitkan kos berjumlah RM1.2 juta dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Advertisements

“Ini tawaran daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan kita menyambut baik tawaran beliau.”

“Projek ini membabitkan peruntukan sama rata antara KBS dengan kerajaan negeri dan pelaksanaannya akan bergantung kepada kerja-kerja tanah yang mungkin perlu dilaksanakan,” katanya kepada Berita Harian.

Tarikh sebenar bagi proses ini bermula bagaimanapun belum ditetapkan kerana pihaknya perlu meneliti beberapa perkara terlebih dahulu.

Advertisements

“Jika tiada masalah yang berbangkit mungkin penukaran rumput baharu dapat dilakukan selepas penukaran kerusi tempat penonton selesai dilaksanakan.”

Usaha ini sekaligus dapat memenuhi piawaian sebagai venue kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa pada masa depan yang menelan belanja hampir RM1.2 Juta.

Penaiktarafan stadium menyaksikan Stadium Paroi berkelayakan untuk dijadikan venue bagi perlawanan antarabangsa oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) atau Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram