Stadium Sultan Ibrahim Antara Alternatif Pilihan Skuad Kebangsaan Untuk Piala AFF
Dunia
Syafiq Freman
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan bahawa Stadium Sultan Ibrahim berkemungkinan bakal menjadi venue alternatif bagi kejohanan Piala Suzuki AFF 2022 kali ini.

Persoalan mengenai status aksi Harimau Malaya terus menjadi persoalan terutamanya melibatkan aksi yang dikhabarkan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ).

Walau bagaimanapun, venue ini dilihat bukanlah satu pilihan yang sesuai dengan beberapa faktor terutamanya cuaca yang tidak menentu menjelang akhir tahun 2022.

Advertisements

Malah, SNBJ juga pernah mencuri tumpuan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun lalu apabila berlakunya lopak air pada permukaan padang yang merencatkan aksi skuad kebangsaan.

FAM juga sudah mula memberi bayangan hahaqa padang ini berkemungkinan tidak dapat digunakan atas beberapa faktor.

Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, beliau telah pun memaklumkan bahawa keputusan ini akan diumumkan selepas perbincangan antara badan induk itu dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada Selasa ini.

Advertisements

“Kami akan membuat pengesahan mengenai venue perlawanan selaku tuan rumah bagi saingan Piala AFF 2022 pada Selasa nanti.”

“Ia berkemungkunan akan kekal dilangsungkan di Stadium Nasional atau sebaliknya masih tiada jawapan.”

Beliau turut memaklumkan bahawa ada kemungkinan berlakunya percanggahan dengan PSM bagi penggunaan SNBJ kelak.

Advertisements

“Ini disebabkan faktor penilaian padang perlu mencapai piawaian selain percanggahan tarikh seandainya PSM sudah membuat tempahan lebih awal,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.

FAM kini sudah menyenaraikan beberapa alternatif lain bagi persediaan sekiranya SNBJ tidak dapat digunakan.

“Kami sudah memyenaraikan beberapa venue seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Stadium (Bola Sepak) Kuala Lumpur (Cheras) atau Stadium Hang Jebat (Melaka) dan juga Stadium Sultan Ibrahim (Johor).”

Advertisements

“Walau bagaimanapun, FAM masih berharap agar (Piala AFF 2022) dapat dilangsungkan di SNBJ tetapi kita lihat bagaimana keputusan nanti,”

Saingan Piala AFF Mitshubishi Electric 2022 bakal membuka tirainya pada 21 Disember ini apabila Malaysia telah pun diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Myanmar, Vietnam, Singapura dan Laos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram