Advertisements
Stadium Sultan Ibrahim Bakal Dibuka Kepada Umum, Perkenal Konsep Pelancongan Stadium
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial Johor Darul Ta’zim (JDT), kelab gergasi dari Malaysia itu telah memaklumkan bahawa Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal dibuka kepada awam bermula 1 April 2022. 

Menurut JDT, stadium ikonik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim akan mengalu-alukan kehadiran pengunjung pada setiap hari. Terdapat dua tarikan awal yang bakal dipertaruhkan pengurusan JDT untuk menarik minat pengunjung.

Antaranya ialah restoran Woodfire Burger yang beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

JDT Hummer Tour yang menjadi salah satu daya tarikan awal buat para pengunjung pula akan mula berlegar di sekitar kawasan stadium pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Johor Darul Ta’zim turut memaklumkan bahawa banyak restoran dan kedai-kedai komersil yang bakal dibuka tidak lama lagi. Ini menjadi salah satu inisiatif terbaik kelab untuk meningkatkan ekonomi setempat disamping membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.

Tidak dilupakan, idea-idea bernas JDT ini juga bakal memberi manfaat yang besar kepada nilai kelab disamping dapat menjana pendapatan dan memberi keuntungan buat pasukan.

Stadium Sultan Ibrahim juga sedang dalam perancangan manakala lebih banyak restoran dan kedai komersil akan dibuka dalam masa terdekat. Luaskan Kuasamu Johor – JDT