fbpx

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Dipenuhi Lebih 40,000 Penonton Di Majlis Perasmian

1,403 views

Menurut satu hantaran Facebook daripada halaman Johor Southern Tigers, tiket majlis perasmian Stadium Sultan Ibrahim telah habis diedarkan.

Stadium Sultan Ibrahim mampu memuatkan lebih 40,000 penonton dan ini bermakna Sabtu ini rakyat Malaysia bakal menyaksikan Stadium Sultan Ibrahim dipenuhi ribuan penyokong bola sepak JDT.

Dalam majlis perasmian ini, artis sensasi dari UK, Leona Lewis bakal menyerikan lagi majlis perasmian Stadium Sultan Ibrahim.

Perlawanan kompetitif pertama di Stadium Sultan Ibrahim bakal berlangsung pada 28 Februari ini untuk perlawanan Sumbangsih melibatkan JDT dan Kedah.

Kongsikan Berita Gembira Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sedang #trending

You May Also Like