Advertisement

Follow us:

Stadium Sultan Ibrahim Dilengkapi Dengan Sistem Saliran Terbaik Di Malaysia

SSI Stadium Sultan Ibrahim Dilengkapi Dengan Sistem Saliran Terbaik Di Malaysia
Johor Southern Tigers
Nik Faris
@nikfalovic
6:25pm 01/01/2023
Pivo

Stadium Sultan Ibrahim membuktikan kualiti dan kelas yang tersendiri dari segenap sudut dan ruang dalam binaannya.

Stadium berkelas dunia itu yang telah pun dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan bertaraf antarabangsa kini mempunyai sistem saliran yang berkualiti tinggi.

Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, stadium Harimau Selatan itu merupakan satu-satunya stadium yang dilengkapi dengan 9 lapisan saliran air.

Tujuan saliran yang banyak ini adalah bagi mengelakkan takungan air berlaku sekiranya keadaan hujan lebat sewaktu permainan berlangsung.

Ini juga bertujuan untuk memelihara permukaan padang agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal menjelang sepak mula musim baharu nanti.

JDT juga telah pun mengumumkan terdapat kerja-kerja penyelenggaran berlaku di SSI ketika ini sebagai persediaan musim 2023.