Stadium Sultan Ibrahim Dipilih Sebagai Venue Perlawanan Akhir Piala FA
Piala FA
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Dengan Piala FA 2023 kini memasuki pusingan separuh akhir, ramai ingin tahu venue aksi final kejohanan itu. Hari ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue aksi final pada 22 Julai 2023.

Pemilihan SSI dibuat selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan yang membuat bidaan hak tuan rumah aksi final Piala FA 2023 secara terbuka yang dibuka dari 19 Mei hingga 24 Mei lepas.

MFL dalam satu kenyataan menyatakan pemilihan SSI dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk perkembangan semasa penambahbaikan yang sedang dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Advertisements

“SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober jadi MFL tidak dapat menggunakan stadium itu bagi final Piala FA kali ini.

“Walaupun telah dipertimbangkan, MFL juga tidak dapat menangguhkan perlawanan itu memandangkan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat dalam tempoh itu dengan pusingan akhir perlawanan Liga Super, permulaan kedua-dua Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup 2023 dan juga terdapat tarikh-tarikh penting melibatkan tugasan antarabangsa pasukan kebangsaan (FIFA days), pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC yang bermula September hingga Disember depan,” jelasnya.

Ini dilihat satu insentif buat JDT yang bakal bertemu Selangor di peringkat separuh akhir pada 25 Jun ini. Sekiranya mereka berjaya mengatasi Merah Kuning di peringkat separuh akhir, sudah pastinya Harimau Selatan mahu mempertahankan trofi yang dimenangi pada musim lepas di gelanggang keramat mereka itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram