Advertisement
Stadium Sultan Ibrahim Jalani Penaiktarafan
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa memastikan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sentiasa berada pada tahap terbaik.

Terbaru, pengurusan pasukan itu memaklumkan kerja penaiktarafan lantai tempat duduk SSI sedang dijalankan.

Penaiktarafan ini dibuat dengan menggantikan bahan lama lantai atas sebab keselamatan dan keselesaan penyokong.

Bahan baru yang digunakan dalam penaiktarafan itu bukan saja bersifat tahan lasak. Malah, bahan tersebut turut mendapat jaminan selama 15 tahun.

Ini sebahagian daripada usaha pengurusan Harimau Selatan untuk sentiasa menaiktaraf semua aset dan infrastruktur pasukan termasuk SSI sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Ini selari dengan aspirasi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang mahu semua aset pasukan termasuk SSI menepati piawaian antarabangsa.

Selain itu, ini dapat membantu JDT dari segi aspek kewangan. Ini kerana Harimau Selatan dapat menjimatkan kos penyelenggaraan untuk jangka masa panjang.