Stanley Bernard: Malaysia Layak Miliki Pemimpin ‘Bola Sepak’ Yang Lebih Baik
Dunia
Stanley Bernard
Advertisements

Sejurus perlawanan Malaysia – Indonesia tamat dimana Malaysia tewas 1-4 kepada musuh utama, Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City, Stanley Bernard Stephen Samuel mengeluarkan satu kenyataan di akaun Twitternya.

Beliau yakin negara bola sepak seperti Malaysia layak memiliki pemimpin yang lebih baik.

“Penjelasan harus bermula dari pihak paling atas persatuan bola sepak dan ingin melihat jika terdapat sebarang akauntabiliti daripada pihak tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia. Negara bola sepak ini layak mendapat kepimpinan yang lebih baik.” Jelas Stanley di Twitter.

Advertisements

Malaysia sebelum ini tewas dengan jaringan besar sekaligus gagal layak ke separuh akhir Piala AFF 2020.

Selain itu pengacara sukan Astro Arena, Hafizal Hamad turut mempersoalkan tindakan pihak berkenaan selepas ini yang akan terus membuat ‘kajian’ terhadap apa yang berlaku (tewas kepada Indonesia).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram